Sunday, July 29, 2012

Karikatur menghina sahabat Rasulullah yang digunakan oleh sebuah pusat tuisyen di Ledang, Johor.


Apa yang dipaparkan adalah provokasi terancang puak-puak chauvinist pembangkang yang secara jelas bertindak biadab, kurang ajar serta tidak tahu menghormati umat Islam di negara ini.

Dalam waktu umat Islam melakukan ibadah Rukun Islam ini, masih ada saki baki sperma chauvinist dan ala komunis ini menyerang Rasulullah secara tidak langsung dengan penghinaan ke atas sahabat-sahabat junjungan dan kekasih Allah Taala.

Pusat tuisyen kini dijadikan alat dan instrumen menyerang institusi Islam secara halus dan strategik.

Watak-watak sahabat Rasulullah diwajahkan dengan babi, khinzir ... binatang yang menjadi makanan dan kesukaan puak-puak chauvinist ini.

Dan binatang inilah yang menjadi instrumen terbaik menyerang institusi Islam di negara ini.

"Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu."

Bijaknya puak-puak chauvinist ini kerana tahu Akta Hasutan 1948 telah dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

GWM difahamkan Akta Keharmonian Nasional ini bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Akta ini juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

GWM difahamkan juga Kadi Daerah Ledang ini telah membuat laporan polis berhubung dengan penghinaan karikatur oleh puak-puak chauvinist ini.

Diminta pihak polis jangan terlalu berlengah menyiasat laporan ini. Jangan pula dianggap kes ini sebagai suatu kes bersifat terpencil.

Ini kes penghinaan terhadap sahabat-sahabat Rasulullah. Justeru kes ini juga disifatkan sebagai menghina Rasulullah secara tidak langsung malah menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.





Inilah akibatnya apabila puak-puak cicak mengkarung hijau Parti Adat & Sosialis ini menghalalkan perbuatan kartunis Zunar menghina Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mahu 'diharamjadahkan' puak-puak chauvinist ini pun tak berguna juga kalau puak-puak cicak mengkarung hijau Parti Adat & Sosialis ini yang memulakannya dahulu.

Kalau sudah Bapa Borek, Anak Sememangnya Rintik ...
Kalau Guru Kencing Berdiri, Sudah Tentu Anak Murid Kencing Berlari ...

Siapa yang mengajar puak-puak chauvinist ini menghina umat Islam ... jika parti PAS adalah pelopor utama menghina umat Islam di Malaysia yang tidak memangkah parti itu.

Tak pangkah PAS, jangan bermimpi bau syurga ...



1 comments:

Anonymous said...

cine2 mca & gerakan pye keje